Belajar urus wang daripada anak - Utusan Malaysia

Belajar urus wang daripada anak

PELAJAR tingkatan tiga kini telah didedahkan dengan pendidikan kewangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERMULA 2019, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tingkatan 3 mempunyai elemen pendidikan kewangan.

Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan membuat keputusan yang bijak bagi menjamin kesejahteraan kewangan individu, masyarakat dan negara.

Memandangkan kedudukan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia pada masa kini yang agak rendah, maka keutamaan diberikan kepada topik penggunaan wang secara bijak, perbelanjaan dan simpanan.

Melalui kajian Bank Negara Malaysia (BNM), kadar peningkatan trend golongan muda yang diisytiharkan muflis adalah sangat membimbangkan.

Kekurangan pengetahuan dan disiplin dalam mengurus kewangan dikenal pasti sebagai punca utama muflis.

Generasi muda kebanyakannya mula berhutang ketika mereka berada di institusi pengajian tinggi dan di awal pekerjaan bagi memenuhi tuntutan gaya hidup masa kini. Hal ini merupakan perkara yang paling merisaukan.

Walaupun pendidikan kewangan baru diperkenalkan tiga tahun lalu, respons pelajar adalah positif apabila mereka semakin memahami kepentingan pengetahuan berkenaan dalam kehidupan harian.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah guru perlu memastikan setiap murid benar-benar menguasai tajuk di Tingkatan 3 yang merangkumi topik simpanan dan pelaburan, kredit dan hutang sebelum melangkah ke peringkat menengah atas.

Hal ini penting kerana, semasa di Tingkatan 4 dan 5 nanti, mereka perlu menguasai tajuk pengurusan kewangan, insurans dan percukaian pula.

Justeru, pengenalan asas ketiga-tiga tajuk ini kepada murid Tingkatan 3 adalah perlu supaya mereka lebih bersedia untuk mempelajari topik-topik lain.

MOHAMAD RIDUAN MASRI, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya