Jadikan PRN Melaka pengukur - Utusan Malaysia

Jadikan PRN Melaka pengukur

KEMENTERIAN Kesihatan sedang memantau sama ada PRN Melaka mampu menyebabkan Covid-19 merebak semula. – GAMBAR HIASAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut, iaitu 3 November lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 menetapkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi darurat dibatalkan atau diungkaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, PRN terbabit dijangka menelan kos RM150 juta termasuk menyediakan peralatan berkaitan Covid-19.

Bagi saya, walaupun Kementerian Kesihatan mengumumkan penduduk negara ini khususnya di Sarawak hampir kesemuanya telah disuntik dengan vaksin Covid-19, jangkitan masih boleh berlaku.

Sunggupun penduduk disyaratkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, ia tidak menjamin jangkitan tidak lagi merebak seperti PRN Sabah, suatu ketika dahulu.

Diharap kerajaan negeri Sarawak dapat menangguhkan dahulu untuk mengadakan PRN sekurang-kurangnya selepas Hari Raya Aidil­fitri pada Mei tahun hadapan.

Baik kita tunggu dan lihat dahulu PRN Melaka, sejauh mana kesan jangkitan Covid-19 terhadap pihak-pihak terlibat dalam pilihan raya terbabit.

Kalau negara kita di dalam keadaan aman dan stabil, mengapa kita perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRN dan menukar kerajaan negeri?

Parti-parti politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang seharusnya ada sifat toleransi, bekerjasama, sepakat dan tidak gelojoh membuat sesuatu keputusan demi keselamatan rakyat.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL, Seremban, Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya