fbpx

9 Disember 2021, 5:50 pm

  TERKINI

BN masih jadi pilihan rakyat

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disambut dengan sorakkan dan kegembiraan oleh para penyokongnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan parti itu masih mendapat kepercayaan untuk memimpin dan ia merupakan berkat sokongan orang Melayu bagi  mencapai kestabilan dan kemajuan.

UMNO sejak penubuhannya menjadi tonggak dalam meningkatkan darjat bangsa Melayu. Tanpa parti itu sudah pastinya  Melayu tidak akan terbela dari sudut ekonomi dan dalam masa sama UMNO berjaya meningkatkan profesional kaum majoriti itu tanpa meminggirkan masyarakat pelbagai  kaum.

Saya yakin hanya UMNO/BN dapat memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Ayuh bangsa Melayu, marilah terus menyokong BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. Hanya UMNO/BN dapat membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Jangan berpaling arah dalam PRU akan datang kerana BN terbukti sejak kemerdekaan negara berjaya memajukan bangsa Melayu dan mempertahankan Raja-raja Melayu serta Perlembagaan Persekutuan.

Tahniah BN kerana memenangi dan menawan semula Melaka.

CHAERUDIN SYAMSUDIN, Panchor Jaya, Seremban

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN