Bimbang muncul parti Pas Pis Pus - Utusan Malaysia

Bimbang muncul parti Pas Pis Pus

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA orang Melayu pasti cukup risau bila melihat banyak parti Melayu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.

Parti-parti terbabit ialah UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Parti Melayu yang tidak bertanding pula ialah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Kuasa Rakyat (Kuasa).

Melihat kepada situasi sekarang, parti politik orang Melayu sudah mula cacamarba, berserabut dan bertelingkah tanpa henti antara satu sama lain.

Pemimpin peringkat atasan dan bawahan (pak turut) mendakwa parti mereka yang paling hebat. Kita tidak pasti trend pertambahan bilangan parti Melayu ini akan berterusan atau tidak dalam masa 100 hingga 200 tahun akan datang.

Ada kemungkinan banyak lagi parti politik melibatkan orang Melayu bakal diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada masa depan.

Kemungkinan nama-nama parti politik baharu yang bakal ditubuh nanti ialah Pas Pis Pus, Kacau Dah Mari, Apa Dah Jadi, Barisan Sejati Sejiwa, Merapu Ada, Ikut Telunjuk dan lain-lain.

Malangnya, dalam masa 100 tahun akan datang, ramai pemimpin politik yang menubuhkan parti baharu dan berpidato hebat tidak dapat melihat lagi kesan tindakan mereka kerana kebanyakan sudah berada di alam lain.

Ketika itu cara berkempen pemimpin politik sudah berubah dan pergerakan pantas sekali.

Mungkin hanya 10 minit sahaja sudah sampai di tempat ceramah ketika pilihan raya umum (PRU).

Menariknya, sikap pemimpin parti yang cenderung menubuhkan parti baharu tetap tidak berubah dan masih mengungkapkan: “Peluang parti kita untuk menang dalam PRU kali ini adalah cerah.”

ABD. RAZAK OSMAN, Sungai Petani, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya