Bayang jambatan pun belum nampak - Utusan Malaysia

Bayang jambatan pun belum nampak

JAMBATAN di Kampung Parit Samion sukar dilalui jika ada kenderaan berselisih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini, beberapa aduan berkaitan keluhan penduduk berhubung keadaan jambatan di Kampung Parit Samion, Batu Pahat, Johor yang menjadi laluan utama penduduk amat sempit dan mengundang bahaya kepada kenderaan dibuat. Namun, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, sebagai penduduk, kami memohon kepada kerajaan agar jambatan ini dilebarkan lagi seperti jambatan di Parit Haji Rais, Parit Jelutong dan kampung-kampung lain. Ini kerana jambatan yang ada sekarang terlalu kecil dan ia menyukarkan pengguna apabila kenderaan berselisih di atas jambatan.

Pengguna yang melalui jambatan tersebut sejak kebelakangan ini semakin bertambah, lebih-lebih lagi pada hari persekolahan.

Selain menjadi laluan ke sekolah, jambatan itu juga digunakan pekebun kelapa sawit ke tempat jualan di kawasan Parit Raja.

Difahamkan terdapat peruntukan sebanyak RM45,000 untuk membina jambatan yang lebih besar dan luas tetapi sehingga kini masih belum nampak bayang lagi.

M.H. JAS, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya