fbpx

Pengamal PR mesti cekap, pantas tangani isu

TUGAS sebagai pegawai perhubungan awam amat mencabar dan ia memerlukan penguasaan ilmu, komunikasi serta mengetahui isu semasa yang baik. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERHUBUNGAN awam (PR) adalah suatu kerjaya memerlukan pengamal menguasai  pengetahuan sains sosial yang luas dan kemahiran komunikasi. Dalam era krisis penularan pandemik Covid-19, para pengamal perlu memahami isu-isu berkaitan secara mendalam serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan serta berusaha memujuk orang awam untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat pihak berkuasa.

Kini terdapat halangan  memulihkan wabak dan ekonomi negara, iaitu golongan antivaksin dan netizen yang gemar  menyebar maklumat tidak benar sering menjadi penghalang kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Peranan pengamal komunikasi melalui kemahiran dan penulisan, analisis data raya dan penulisan kandungan iklan serta ucapan menjadi teras dalam amalan PR. Tumpuan juga perlu diberi kepada konsep-konsep dan teori-teori etnografi komunikasi,  pengurusan, psikologi, komunikasi  berkesan antara manusia serta komunikasi massa.

Selain itu, konsep, teori dan model dan komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah penyelesaian masalah melalui PR.

Bidang PR juga memerlukan individu yang mempunyai keterampilan komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis khalayak, kemahiran berbahasa, kemahiran seni persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tadbir urus komunikasi protokol dan acara.

Penulisan dalam PR  berfungsi  menyampaikan mesej organisasi tempat kerja misalnya melalui kenyataan akhbar.

Pengamal PR harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan mampu berkomunikasi dengan pelbagai golongan  masyarakat, selain empati dengan nasib kumpulan sasaran yang terkesan akibat penularan Covid-19. Ringkasnya mereka berperanan sebagai agen pengubah.

Mereka perlu menguasai pelbagai bahasa sama ada secara pertuturan atau tulisan di samping perlu minat mendalam dalam bidang tugas  diceburi. Pengamal PR dalam tugasan hariannya perlu berpegang kepada etika dan tadbir urus yang menjadi teras  kerjaya ini.

Namun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pengamal perlu siap siaga bekerja keras bagi memastikan imej dan usaha kerajaan mendapat sokongan rakyat dan menemui kejayaan. Marilah bersama-sama mengisi Rancangan Malaysia Ke-12 bermula tahun ini hingga lima tahun akan datang.

 

YOSRI ABU MAHSIN, Putrajaya 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN