fbpx

Jantung manusia sangat istimewa

PENYELIDIK dari Amerika Syarikat, Gregg Braden memuat naik dalam YouTube klip video kaedah mengharmonikan jantung dengan otak bagi mengurangkan stres akibat pandemik Covid-19. – YOUTUBE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APA istimewa jantung manusia, walhal organ itu merupakan segumpal daging sebesar penumbuk tuannya?

Ilmu terkini mendedahkan betapa istimewa jantung manusia yang mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

Pertama, al-Quran lebih mementingkan jantung apabila menyebutnya dua kali lebih banyak berbanding otak manusia.

Al-Quran menyebut qalb (jantung) sebagai organ pemangkin yang mudah berbolak-balik atau berubah-ubah kerana tarikan kebaikan dan kejahatan.

Jantung mereka yang beriman dan ikhlas berjaya mendorong manusia ke jalan yang benar, berprinsip, dinamik dan berperikemanusiaan.

Kedua, jantung manusia memiliki kuasa elektromagnetik terbesar dalam badan. Kuasa elektrik jantung 100 kali lebih tinggi dan kuasa magnetik jantung 5,000 kali lebih tinggi apabila dibandingkan dengan kuasa elektromagnetik otak.

Ini bermakna kuasa elektromagnetik jantung bukan sahaja mempengaruhi dan mampu menggetar seluruh badan, bahkan berkembang bebas melepasi badan dan terus ke alam semesta.

Semua yang bernyawa dan tidak bernyawa memiliki atom dan molekul, iaitu sebatian daripada dua atau lebih atom sendiri yang dijana oleh kuasa elektromagnetik masing-masing.

Justeru, kuasa elektromagnetik yang lebih besar dari jantung berupaya mengubah struktur dan sifat atom dan molekul di sekelilingnya.

Maka, ahli spiritual dan saintis menegaskan, kuasa elektromagnetik jantung manusia membolehkan mereka mengubah realiti di sekelilingnya.

Ilmu fizik kuantum, ilmu sains fizik yang terkini dan tercanggih mensahihkan kejadian ini.

Ketiga, jantung memiliki sejumlah 40,000 sel saraf pada bahagian atas organ itu.

Bentuk dan sifat sel-sel saraf ini serupa dengan sel-sel saraf otak.

Dengan kuasa elektromagnetik yang ada pada jantung, maka jantung terus berhubung dengan otak (coherence) bahkan merupakan penentu keputusan dan otak pula mematuhi arahannya.

Jantung juga boleh membuat keputusan sendiri, ada memori, deria, intelek dan perasaan tersendiri.

Saranan jantung mudah dan tepat walhal otak manusia amat dipengaruhi oleh nafsu.

DR. NASIR HASHIM, Bekas Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN