Kerajaan dicadangakn agar memastikan semua pembantu rumah yang masuk ke Malaysia mestilah mempunyai kontrak Kerja sah dari KBRI dan Permit sah melalui VDR dan proses perkhidmatan melalui Agensi Pekerjaan Swasta dibawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Pada 13 June 2025 kita di gemparkan dengan berita pembantu rumah dipukul oleh empat orang dalam rumah di Johor.
Majikan telah bertindak sendiri tanpa membuktikan video rakaman tentang anaknya dipukul oleh Pembantu Rumah secara umum.
Majikan tidak ada hak untuk memukul jika benar pembantu rumah itu memukul anak atau apa sahaja alasan secara wajarnya Majikan mestilah berhubung dengan Agensi Pekerjaan yang membekalkan atau terus kepada Balai Polis untuk laporan biar polis yang siasat dan mencari punca utama.
Persoalannya adakah pembantu rumah yang dibekalkan datang dari Agensi Pekerjaan berdaftar atau dari hasil mencari maid kosong , atau mungkin tiada permit dibuat.
Kerajaan Malaysia dan Indonesia harus tegas dalam pembaharuan kontrak kerja setiap tahun kerana kontrak kerja yang dibuat hanyalah semasa majikan perlu perbaharui passport tapi selepas itu tiada lagi kontrak kerja dibuat.
Pihak Imegresen Malaysia juga perlu menegaskan kepada majikan yang urus permit sendiri mesti tunjukkan bukti kontrak kerja.
Jika tiada kontrak kerja apa nasib pembantu rumah yang bekerja di Malaysia. Lagian Agensi Pekerjaan Swasta juga memainkan peranan penting dalam pendaftaran Rekod Majikan dan pembantu rumah ke Perkeso.
Bukan itu sahaja jika pembantu rumah yang bekerja membuat masalah di Malaysia maka mereka perlu dilaporkan supaya tindakan undang undang diambil mengikut bukti sedia ada.
Saya dengan rendah diri juga mencadangkan agar Kerajaan Malaysia menegaskan Majikan yang ingin hantar pembantu rumah pulang sendiri diberitahu kepada Agensi Pekerjaan swasta terlebih dahulu supaya direkodkan dalam sistem Sipermit Kedutaan dan pihak agensi boleh buat semakan gaji pembantu rumah sebelum keluar .
Ini kerana sebelum dibawa masuk ada bukti masuk bila keluar tiada rekod di sipermit.
Bukan itu sahaja, masih ramai lagi majikan mengambil pembantu rumah secara tidak sah. Dan masih ada lagi agen agen tidak daftar membawa pembantu rumah dan tawar menawar dalam Facebook dilakulan.
Kementerian komunikasi juga perlu ambil tindakan untuk group group yang tawarkan Pembantu Rumah Pati atau baru masuk dengan visa melancong.
Zubaidah Mubarruck Ali
Kuala Lumpur,









