KENAIKAN harga bahan api global sering kali dilihat sebagai isu ekonomi makro yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup dan sektor pengangkutan. Konflik berpanjangan di Asia Barat sejak 28 Februari lalu mengganggu rantaian bekalan tenaga dunia sekali gus menyebabkan lonjakan harga minyak mentah dan memberi tekanan kepada pelbagai sektor, walaupun semalam Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penggantungan tindakan ketenteraan selama dua minggu terhadap Iran susulan perbincangan dengan pemimpin Pakistan.…










