APABILA harga minyak meningkat, tumpuan masyarakat lazimnya beralih kepada kos mengisi tangki kenderaan. Namun, kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar petrol RON95 melalui inisiatif Budi Madani yang menyasarkan pemberian subsidi kepada warganegara Malaysia yang layak. Melalui mekanisme ini, rakyat Malaysia yang memiliki MyKad serta lesen memandu yang sah boleh menikmati harga petrol bersubsidi dengan had penggunaan bulanan tertentu. Sebelum ini, had subsidi ditetapkan sekitar 300 liter sebulan dan kemudiannya diselaraskan kepada…










