SIKAP adalah faktor utama dalam perkembangan sesebuah bahasa, khususnya untuk maju. Ia adalah juga penyebabnya apabila keadaan sebaliknya berlaku. Walaupun disifatkan sebagai subjektif, sikap mempunyai peranan sangat penting dalam kelangsungan sesuatu bahasa. Sikap merupakan pemikiran dan perasaan yang terbentuk terhadap sesuatu. Untuk bahasa, sikap merujuk kepada pandangan dan tindakan yang bersifat penilaian terhadap bahasa oleh seseorang atau sesebuah kumpulan. Penilaian itu boleh berbentuk positif, neutral atau negatif. Seperkara penting tentang…











