SARANA Ibu Bapa ialah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diperkenalkan pada 2013 bagi menggalakkan penglibatan aktif ibu bapa dalam pembelajaran, pembangunan sahsiah serta kemenjadian murid. Inisiatif ini ada dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melalui Penglibatan Ibu Bapa dan Kerangka Penglibatan Sekolah. Ia kemudian digabung serta dijenamakan sebagai Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) pada 2019. Maknanya, inisiatif pada 2013 itu tidak dihentikan sebaliknya…










