SEKEPING gambar yang dikongsikan seorang ahli Pas di laman sosial Facebook memaparkan Datuk Hashim Jasin jauh merenung dengan statusnya ‘Berkhilaflah, kritiklah atau kecamlah Mursyidul Am sekalipun, Insya-Allah anda tidak akan diberi amaran atau tindakan. Perkongsian itu menarik perhatian saya. Gambar itu kelihatan biasa namun membawa makna cukup mendalam bagaimana seorang Mursyidul Am yang sepatutnya dihormati, ketika ini teruk dikritik, dikecam dan dibantah pihak tertentu di dalam Pas khususnya mereka yang…










