KES penderaan di pusat pengasuhan dan taman asuhan kanak-kanak (taska) kini semakin membimbangkan masyarakat. Setiap laporan yang diterima bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan persoalan serius tentang keselamatan anak-anak kecil. Baru-baru ini, tular satu rakaman video di sebuah taska menunjukkan bayi dicampak, digolek dan ditampar pengasuh. Insiden ini mencetuskan kemarahan ramai dan menimbulkan trauma kepada ibu bapa. Jika kejadian seperti ini berlaku di taska berdaftar, bagaimana pula dengan taska yang tidak…










