Sejauh mana kurikulum sedia ada benar-benar mempersiapkan pelajar menghadapi dunia sebenar? Universiti sepatutnya melahirkan graduan yang mampu berfikir secara sistemik, membuat pertimbangan matang dan bertindak dengan akauntabiliti. Dari ‘belajar untuk tahu’ kepada ‘belajar untuk buat, menjadi diri dan hidup bersama seperti saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Tetapi yang berlaku sering terbalik apabila banyak kursus memberi kefahaman melalui ringkasan, definisi dan slaid. Pelajar lulus dengan ‘jawapan betul’…










