KEMENANGAN MOHD. KURNIAWAN NAIM MOKTAR , 32, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, minggu lalu bukan sekadar kejayaan seorang calon muda atau kesinambungan legasi keluarga, sebaliknya menunjukkan isyarat politik yang UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak lagi boleh bergerak sendirian. Walaupun berjaya mempertahankan kerusi disandang bapanya sejak 1999 dan mengangkat sumpah kelmarin sebagai Ahli Parlimen, namun realiti di sebalik kemenangan itu jauh lebih besar daripada simbol warisan politik semata-mata. Kepada wartawan…










