PELAKSANAAN Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 menandakan anjakan falsafah yang signifikan dalam landskap pendidikan tinggi negara. Pelan ini memperlihatkan peralihan jelas daripada paradigma pendidikan tinggi yang berorientasikan keperluan pasaran dan kebolehpasaran graduan semata-mata kepada kerangka lebih menyeluruh, berteraskan kemanusiaan, nilai, kesejahteraan holistik dan kemampanan. Universiti tidak lagi sebagai institusi pengeluaran tenaga kerja berkemahiran tetapi sebagai wahana pembinaan insan, masyarakat dan peradaban yang memikul tanggungjawab moral terhadap masa hadapan negara…










