SOLAT merupakan ibadat yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT sehingga dianggap sebagai tiang agama. Bukti keistimewaan ibadat ini ialah kefarduannya diterima oleh Rasulullah SAW pada peristiwa Israk Mikraj, di Sidratul Muntaha. Ia merupakan satu tempat di mana Rasulullah SAW adalah satu-satunya makhluk Allah yang dapat sampai ke situ. Namun, apa yang berlaku hari ini amat membimbangkan di mana kita mendapati telah berlaku normalisasi pengabaian solat dalam kalangan masyarakat.…










