JUMLAH penulis kaum India yang menghasilkan karya sastera kebangsaan sangat sedikit berbanding mereka yang menulis dalam bahasa Tamil atau Inggeris. Kajian peringkat sarjana yang diterbitkan dalam bentuk buku dengan judul Kavya Sastra (2021) memperincikan hal ini. Antara penulis veteran yang masih aktif menyumbang kepada perkembangan sastera kebangsaan ialah M. Mahendran. Penulis ini juga menggunakan nama M. Prabhu Bentong dalam penulisan karya Tamil. Walaupun Mahendran kurang diberi perhatian dan pengiktirafan oleh…










