JOHOR kini berada pada satu persimpangan penting dalam sejarah pembangunannya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negeri ini semakin menonjol sebagai destinasi pelaburan ekonomi digital, khususnya dalam industri pusat data, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan. Pelaburan berskala besar, infrastruktur bertaraf antarabangsa serta kedudukan strategik Johor yang berdekatan dengan Singapura meletakkan negeri ini dalam kedudukan yang sangat kompetitif. Namun persoalan yang lebih mendasar perlu diajukan. Sejauh mana generasi baharu Johor benar-benar bersedia…










