INDEKS Persepsi Rasuah (CPI) sering dijadikan rujukan utama untuk menilai tahap integriti dan kualiti tadbir urus sesebuah negara. Kedudukan CPI bukan sahaja memberi kesan kepada persepsi rakyat, malah turut mempengaruhi keyakinan pelabur asing, penilaian institusi kewangan antarabangsa serta reputasi negara di mata dunia. Dalam ekosistem global hari ini, CPI telah menjadi sebahagian daripada “bahasa antarabangsa” dalam menilai kredibiliti sesebuah kerajaan. Kepentingan CPI ini turut dizahirkan di peringkat kepimpinan tertinggi negara…










