SELEPAS Titah Adendum berkaitan penahanan dalam rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah, maka timbul cakap-cakap mengenai ketidakpuasan hati kelompok tertentu akan kedudukan UMNO/BN dalam kerajaan sekarang. Tanpa berusaha menghadam hujah penghakiman di sebalik keputusan tersebut, kelompok-kelompok yang mahu Najib diberikan layanan lebih baik menuntut tindakan drastik daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya mengkaji semua kerjasama parti itu…










