KEBELAKANGAN ini banyak sekali diperkata tentang identiti nasional yang bukan sahaja tidak boleh sesekali dikesampingkan oleh mana-mana pihak. Juga wajib dihayati sepenuhnya oleh semua rakyat dalam sebarang perkara yang dilakukan mereka di negara ini. Sesungguhnya identiti nasional bersifat amat rencam. Dengan ini, ia ditakrifkan dari pelbagai sudu. Begitu juga dengan ciri yang membentuknya ikut beraneka. Walaupun begitu, ia rata-ratanya dikaitkan dengan sifat dan ciri sesebuah negara. Dengan ini, identiti nasional…










