Dalam mana-mana sistem demokrasi, politik tidak pernah wujud sebagai tujuan akhir. Ia hanyalah alat untuk mengurus perbezaan, membina keadilan dan menterjemahkan kehendak rakyat kepada dasar negara. Tanpa tujuan moral, politik akan berubah menjadi perebutan kuasa kosong. Tanpa sokongan rakyat, ia akan menjadi struktur yang mati. Ahli falsafah Yunani, Aristotle pernah menegaskan bahawa politik wujud demi ‘The good life’ iaitu kehidupan yang baik untuk masyarakat keseluruhannya. Kuasa, dalam kerangka ini, bukan…










