Kisah dunia pendidikan negara sepanjang tahun 2025 cukup menarik dan mendebarkan untuk diimbas semula. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pendidikan negara seperti mana yang berlaku di tahun ini. Edisi pendidikan 2025 pasti dikenang sebagai satu tempoh sangat penting dan cukup mencabar bagi sistem pendidikan Malaysia. Di satu sisi, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia terus menunjukkan komitmen tinggi melalui peruntukan belanjawan pendidikan yang besar, agenda reformasi pendidikan nasional serta melakukan persediaan…










