Saya mulakan artikel ini dengan empat contoh. Pertama, Venezuela, yang pernah menjadi antara negara terkaya di Amerika Latin. Pada era 1970-an hingga awal 1990-an, negara ini menikmati pendapatan minyak yang besar. Namun kekayaan itu tidak memberi makna apabila ia tidak diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat secara mampan. Kelemahan pemerintah menyebabkan rasuah berleluasa, institusi lemah, dan ekonomi terlalu bergantung kepada satu sumber. Apabila harga minyak jatuh dan salah urus berterusan, ekonomi runtuh.…










