NEGARA dijangka berdepan beberapa lagi gelombang hujan lebat sehingga menyebabkan banjir dan pelbagai bencana yang berkaitan berlaku pada bulan-bulan akan datang. Tempoh kemuncak Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka antara pertengahan Disember hingga Januari 2026, sekali gus membawa ancaman risiko banjir besar lebih tinggi. Dalam keadaan genting seperti ini aspek komunikasi strategik dilihat antara faktor penting yang mampu melindungi keselamatan nyawa anggota masyarakat dan mengurangkan pelbagai kerugian dan kemusnahan harta…










