PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November lalu berlangsung dengan aman dan lancar. Keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada sebuah parti pun berjaya mendapat jumlah sebanyak 37 kerusi iaitu bilangan kerusi bagi membentuk majoriti mudah daripada jumlah keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak 73 kerusi. Dua parti politik yang mendapat bilangan besar iaitu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) masing-masing 29…










