SIKAP, yakni pemikiran dan tindakan, sesetengah daripada kita terhadap pihak yang mengalami kesusahan, yang ditunjukkan secara terbuka, antaranya dalam media sosial, bukan sahaja amat menjijikkan. Juga ia provokatif sekali sehingga telah menyebabkan kemarahan yang kemudiannya boleh mencetuskan perbalahan. Hal ini bertambah parah selain malang apabila yang terlibat ialah mereka yang bukan sahaja tergolong dalam kepimpinan negara, juga dalam pemerintahan semasa. Sehubungan sikap tidak bertanggungjawab ini, ia mendapat sambutan pula daripada…










