PERNIAGAAN pusat kecantikan di Malaysia sedang mengalami perubahan besar. Ini didorong permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap rawatan estetik, penjagaan wajah, spa kesejahteraan dan teknologi kecantikan moden. Ini bukan sahaja mencerminkan perubahan gaya hidup masyarakat tetapi memperlihatkan potensi sektor ini untuk menjadi produk atau sektor pelancongan negara yang bernilai tinggi. Seiring perkembangan itu, ada beberapa isu turut timbul. Antaranya rawatan berisiko yang dilakukan pengusaha tidak bertauliah, penggunaan produk tidak berdaftar,…










