BEBERAPA jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan Kabinet yang baharu, saya telah membuat hantaran di akaun Facebook saya. Hantaran yang merupakan ingatan keras kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Ali tentang perjuangannya untuk pendidikan percuma dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) telah tular di media sosial. Saya sama sekali tidak menyangka, hantaran tersebut tular dan rata-rata memberikan reaksi negatif yang sama sekali tidak yakin…










