ISU pemberian surat sokongan kontraktor hospital oleh setiausaha politik Perdana Menteri bukan sekadar insiden teknikal dalam pentadbiran. Sebenarnya, ia adalah ujian paling jelas terhadap komitmen reformasi dan integriti yang selama ini diperjuangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila beliau mengakui telah menegur dengan keras pegawainya kerana melanggar peraturan kerajaan, rakyat menghargai keterbukaannya. Namun pengakuan itu juga membuka persoalan penting dalam dunia politik yang serba teliti dan penuh ketidakpercayaan, adakah teguran…










