MENJELANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan pada 29 November ini, perhatian wacana politik negeri bukan lagi sekadar soal siapa parti dominan atau calon paling berpengaruh. Realiti kini lebih kompleks, rakyat menilai melalui pengalaman hidup seharian yang semakin membebankan dan penuh cabaran. Mereka menilai politik berdasarkan isu asas kehidupan seperti tekanan mendapatkan bekalan air bersih, beban generator yang perlu dihidupkan setiap malam, jurang pembangunan antara bandar dan pedalaman yang…










