PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi bukan sekadar medan perebutan kerusi antara parti politik, sebaliknya menjadi ujian besar terhadap kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negeri yang benar-benar mampu membawa suara Sabah ke hadapan. Bagi rakyat Sabah, pilihan raya kali ini bukan hanya soal siapa yang akan memerintah, tetapi sejauh mana kerajaan baharu mampu menunaikan janji dan mempertahankan hak negeri tanpa tunduk kepada kepentingan politik pusat. Sentimen…










