Graduan lepasan ijazah tetapi sukar dapat kerja, apa puncanya?

Graduan lepasan ijazah tetapi sukar dapat kerja, apa puncanya?

graduan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTARA masalah yang menjadi tumpuan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang bergelar “Fresh Graduate” sama ada dari institusi pengajian awam ataupun swasta ialah kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Hal ini semestinya adalah perkara yang membimbangkan ramai pihak terutama pelajar itu sendiri kerana tiada jaminan tentang masa depan mereka dalam dunia pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Justeru, apakah sebenarnya punca utama yang menyebabkan krisis ini berlaku. Kursus yang ditawarkan oleh pihak institusi mempunyai pasaran ataupun peluang kerjaya yang minimum menjadi salah satu dasar kepada berlakunya krisis ini.

Terdapat sebanayk 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan hampir 400 lebih Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia yang menawarkan pelbagai kursus kepada para pelajar tetapi adakah kos yang ditawakan oleh pihak institusi relevan dan dapat menjamin masa depan para mahasiswa selepas mereka menamatkan pengajian.

Jika kita lihat pada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2024, jumlah graduan seluruh Malaysia adalah 5.98 juta dan jumlah graduan yang masih menganggur atau belum mendapat pekerjaan adalah sebanyak 11,164 orang manakala jumlah graduan yang bekerja tidak setara dengan
kelayakan akademik mereka adalah sebanyak 1.60 juta dan 1.95 juta orang graduan yang bekerja luarv daripada bidang pengajian mereka.

Perkara ini membuktikan bahawa terdapat beberapa kursus atau bidang yang ditawarkan pihak institut pengajian mempunyai peluang dan pasaran kerjaya yang kecil tidak selari dengan jumlah graduan yang mengambil kos tersebut di peringkat pengajian tinggi.

Di samping itu, kurangnya pendedahan daripada pihak institusi berkaitan bidang kerjaya yang mereka boleh ceburi apabila mengambil kursus yang ditawarkan.

Para graduan mungkin tahu secara dasar apa yang akan mereka pelajari apabila mengambil sesuatu kursus pengajian tetapi adakah mereka mendalami dengan lebih teliti peluang kerjaya yang mereka boleh perolehi selepas menamatkan pengajian berbekalkan bidang tersebut sebagai tunjang utama apabila mereka memohon sesebuah pekerjaan.

Kebanyakan graduan hanya mengetahui secara umum sahaja bidang pekerjaan yang mereka boleh ceburi dengan kursus yang mereka ambil.

Mereka tidak mendapat pendedahan secara meluas dan spesifik mengenai bidang kerjaya yang sebenarnya menjadi salah satu cabang peluang bagi mereka untuk membangun kerjaya di masa akan datang.

Pihak institusi terutamanya para pensyarah seharusnya menekankan hal ini dengan membuka sudut pandang mahasiswa tentang bidang pekerjaan yang boleh ceburi dengan kelulusan daripada bidang tersebut, Hal ini dapat memudahkan para mahasiswa merancang haluan kerjaya mereka selepas sahaja menamatkan pengajian.

Akhir sekali, graduan tidak tahu nilai diri mereka sendiri di pasaran dalam pelbagai bidang pekerjaan. Terdapat graduan yang menganggap diri mereka terlalu istimewa kerana mempunyai segulung ijazah walhal kemahiran ataupun persediaan mereka untuk menempuhi alam pekerjaan belum cukup kukuh.

Terdapat kejadian gologan “fresh graduate” yang meminta gaji permulaan yang tinggi semasa memohon pekerjaan disebabkan mereka mempunyai segulung ijazah.

Walhal, mereka tiada sebarang bukti ataupun jaminan di mana mereka akan dapat melaksanakan tugas dengan baik ataupun memenuhi kehendak dan kriteria yang ditetapkan apabila diterima bekerja di sesuatu tempat.

Para graduan perlu merendah diri dan sedar nilai yang ada pada diri mereka supaya dapat memberi sebuah hasil yang terbaik kepada pekerjaan tersebut.

Mereka perlu menghargai peluang yang diberikan oleh pihak majikan sebagai bukti kebolehan yang mereka ada boleh mendatangkan hasil yang menguntungkan
kepada pihak majikan.

Justeru, majikan tidak akan ragu dan berasa yakin sekiranya graduan meminta kenaikan gaji sebagai balasan atas komitmen dan usaha yang telah diberikan untuk
pekerjaan tersebut.

Secara kesimpulannya, banyak pihak yang harus mengambil langkah dalam menangani isu ini supaya menyambung pelajaran bukanlah sesuatu yang dianggap sia-sia di mata golongan anak muda kerana berlakunya krisis pengangguran dalam kalangan graduan.

Mereka seharusnya berfikir dengan meluas bahawa menyambung pelajaran di pelbagai peringkat pendidikan menjadi salah satu peluang untuk meningkatkan kemahiran dan nilai diri mereka supaya mudah apabila hendak memohon pekerjaan di masa akan datang.

  • MUHAMMAD ASSRAFF
  • Penulis Bebas
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN