NEW YORK menjadi saksi detik penting apabila Malaysia, sebuah negara kecil dengan suara lantang, menerima pengiktirafan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Dalam dunia yang bergolak dengan konflik, krisis kemanusiaan dan perebutan kuasa besar, Malaysia tampil dengan pendirian tegas serta jelas, terutama dalam isu Gaza serta kepemimpinan ASEAN. Pengiktirafan ini tidak datang dalam ruang kosong tetapi berakar daripada sejarah panjang dasar luar Malaysia yang berprinsip dan berani…










