Usaha menterjemah karya pelbagai bahasa oleh pengarang tempatan kepada bahasa kebangsaan memang dialu-alukan dan sangat penting. Masyarakat majmuk tentu berhak dan perlu tahu apa yang disajikan dalam karya bahasa Tamil dan Cina oleh penulis di negara ini. Dalam situasi ini, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif) yang ditubuhkan pada 1986 terus giat memainkan peranan. Apa yang menarik, persatuan ini memikul tanggungjawab menterjemah karya bahasa Cina kepada bahasa kebangsaan. Untuk…