Tidak ada siapa menafikan niat baik segelintir anak muda yang bersemangat membela Palestin. Namun, apabila semangat itu tidak diiringi kebijaksanaan, niat suci boleh bertukar menjadi kecaman. Itulah yang berlaku apabila bendera Israel dikibarkan di pentas Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza atas alasan “simulasi.” Kononnya ia sekadar lakonan bagi memberi kefahaman kepada hadirin tentang kekejaman rejim Zionis. Tetapi di dunia yang sedang menilai setiap imej dan simbol, tindakan itu…