ARAH pembangunan pertahanan di Asia Tenggara menunjukkan peningkatan signifikan, sejajar dengan lonjakan perbelanjaan ketenteraan di seluruh rantau Asia Pasifik. Pada tahun ini sahaja, perbelanjaan pertahanan Asia Pasifik meningkat sebanyak 5.1 peratus, mencecah jumlah keseluruhan sekitar AS$632.2 bilion (RM2.97 trilion). Daripada jumlah itu, hampir AS$211 bilion (RM991.7 bilion) dibelanjakan negara-negara utama ASEAN seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Singapura. Negara-negara ini secara aktif memperkukuh hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya…