SEMALAM, kaum India keturunan Malayali menyambut Onam iaitu semacam Deepavali bagi komuniti kami yang nenek moyang berasal dari Kerala, India. Sekitar 85 peratus kaum India di Malaysia berketurunan Tamil manakala orang Malayali adalah minoriti kecil iaitu sekitar 3.5 peratus sahaja. Maka, banyak perkara tentang sejarah dan budaya komuniti Malayali kurang diketahui masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Demi meraikan kepelbagaian dan berkongsi ilmu, pelbagai maklumat mengenai sejarah, budaya…










