TANGGAL 12 Rabiulawal saban tahun membawa kita merenung kelahiran Nabi Muhammad SAW, insan agung yang diutus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Sambutan Maulidur Rasul memberi makna mendalam kepada umat Islam di Malaysia, khususnya dalam usaha membina sebuah negara yang aman, adil dan bersatu padu. Malaysia yang kita cintai adalah tanah air berbilang kaum, agama dan budaya. Justeru, mesej Maulidur Rasul sangat bertepatan dengan misi nasional ke arah membina perpaduan dalam…