MALAYSIA kini sedang diuji dari segi kewarasan akal budi masyarakat akibat pelbagai kisah menyayat hati yang berlaku dalam kalangan rakyat. Peristiwa-peristiwa ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan masyarakat dan pada masa sama membangkitkan nilai ihsan yang menjadikan kita lebih peka terhadap golongan rentan, khususnya kanak-kanak, remaja dan wanita dalam kes buli dan penderaan. Dalam era moden ini, kecanggihan dunia milenium mendorong kita menjadi semakin pantas dan cerdas, namun ia juga…