MALAYSIA kini sedang berada di ambang perubahan demografi paling dramatik dalam sejarah moden negara. Dalam tempoh dua dekad dari 2020 hingga 2040, jumlah warga emas dijangka meningkat hampir dua kali ganda, daripada 2.3 juta kepada 4.6 juta orang. Fenomena ini bukan sekadar perubahan angka tetapi transformasi struktur penduduk yang akan membawa implikasi besar terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Apabila dibandingkan dengan negara jiran di rantau Asia Tenggara, kadar penuaan di Malaysia…










