Protes peguam adalah amaran kepada kerajaan

Protes peguam adalah amaran kepada kerajaan

protes peguam
M. Sivaranjani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika peguam berprotes, mesti ada sesuatu yang tidak betul di negara kita.

Ini bukan kali pertama peguam-peguam kita berarak. Pada tahun 1988, lebih 500 peguam berarak ke Parlimen membantah penyingkiran Ketua hakim Negara Salleh Abbas dan lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam berarak kerana skandal VK Lingam. Pada tahun 2022, sebuah perarakan lagi telah diladakan oleh peguam-peguam untuk mempertahankan kebebasan sistem kehakiman.

Kini pada tahun ini, sekali lagi peguam berarak kerana mempertahankan kebebasan kehakiman.

Kemelut krisis kehakiman hari ini adalah mengapa Jawatan Ketua Hakim Negara masih belum diisi?

Apakah ada kegusaran bahawa jalan pintu belakang digunakan untuk memastikan beberapa orang kroni Perdana Menteri akan dilantik?

Ketidaksinambungan penggal lantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempunyai rekod yang bersih dipersoalkan oleh kedua-dua ahli-ahli parlimen Kerajaan dan Pembangkang.

Tindakan Perdana Menteri yang memperbaharui kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki yang bermasalah dengan keengganan untuk memberikan sambungan kepada Tengku Maimun mendedahkan double standard yang wujud.

Justeru, bila wujud ketidakadilan, maka adalah tugas kita semua menegakkan keadilan. Peguam-peguam menjadi antara simbol mencari keadilan mempunyai tugas penting apabila sistem kehakiman dalam bahaya.

Protes ini adalah satu tindakan tepat pada masa ini untuk memberi amaran dan peringatan kepada kerajaan tentang peranan kerajaan. Peguam-peguam kita yang prihatin ini hanya memainkan peranan semak dan imbang dalam memastikan sistem kehakiman adalah bebas daripada campur tangan kuasa eksekutif.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut bersolidiriti dan menyokong penuh inisiatif peguam dan kami akan bersama pada hari tersebut. Kami juga meminta pihak polis dan lain-lain memberikan kerjasama yang sewajarnya supaya perhimpunan bersejarah ini berjaya.

M. Sivaranjani
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN