PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara. Dengan lebih 1.2 juta perniagaan berdaftar di bawah kategori ini, sektor PKS menyumbang hampir 38.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan lebih 7 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, dalam era ketidaktentuan ekonomi global, inflasi tidak menentu serta cabaran kos operasi yang meningkat, kelangsungan dan daya saing PKS semakin terjejas. Penurunan Kadar Dasar Semalaman…