Kemenangan besar buat rakyat, tapi perjuangan belum selesai

Kemenangan besar buat rakyat, tapi perjuangan belum selesai

himpun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKRETARIAT Himpun ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada saudara Amir Hariri Abdul Hadi, Pengarah Eksekutif Mandiri, atas kejayaan bersejarah hari ini apabila Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) adalah tidak berperlembagaan.

Keputusan ini menegaskan bahawa hak berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan bukan satu keistimewaan yang boleh diberikan atau ditarik balik mengikut budi bicara pihak berkuasa. Implikasi keputusan ini amat besar: ia menuntut perubahan pemikiran di kalangan pihak berkuasa supaya perhimpunan aman mesti difasilitasi, bukannya dikawal atau dibenarkan secara selektif, dan agar tiada lagi ‘chilling effect’ terhadap penganjur atau peserta perhimpunan aman.

Oleh kerana peruntukan tersebut tidak lagi boleh digunakan, Sekretariat Himpun menuntut:

1. Pemansuhan Seksyen 9(5) APA 2012 kerana jelas melanggar kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) serta prinsip kesamarataan di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

2. Pelaksanaan moratorium serta-merta ke atas semua siasatan dan pertuduhan di bawah seksyen tersebut, khususnya melibatkan mahasiswa UMS Sabah susulan himpunan aman #GempurRasuahSabah2.0 baru-baru ini, atau sekurang-kurangnya sehingga semua implikasi keputusan mahkamah ini diperjelaskan dan dikuatkuasakan dengan telus.

Kemenangan ini adalah hasil perjuangan rakyat, penggerak masyarakat sivil, dan gerakan mahasiswa yang tidak pernah menyerah mempertahankan ruang demokrasi negara. Sekretariat Himpun turut menzahirkan penghargaan kepada panel hakim yang diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat atas ketegasan dan integriti dalam melindungi prinsip kebebasan dan keadilan.

Kemenangan untuk rakyat Malaysia. Kemenangan untuk kebebasan bersuara. Kemenangan ini adalah milik semua.
Hidup rakyat!

Sekretariat Himpun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN