BERULANGNYA insiden yang tidak sepatutnya berlaku di mana-mana sekolah dalam tempoh masa tidak terlalu lama, kali ini melibatkan acara lelongan arak di dewan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Memburukkan keadaan ia berakhir dengan pergaduhan. Sebelum ini, di sebuah premis SJKC lain berlaku acara penuh kontroversi apabila adanya peragaan wanita berpakaian menjolok mata pada majlis yang dianjurkan. Sudah banyak kali kita mendengar tentang beberapa premis SJKC digunakan untuk majlis-majlis yang…










