BRMULA 1 Julai lalu, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Malaysia dinaikkan secara rasmi daripada 6 peratus kepada 8 peratus bagi barangan dan perkhidmatan tertentu yang dikenakan cukai. Walaupun kerajaan melihat pelarasan ini sebagai sebahagian daripada strategi fiskal jangka panjang, ramai rakyat berasa bimbang tentang kesannya terhadap kos sara hidup. Dalam suasana ekonomi yang mencabar, yang mana isi rumah sedang berdepan inflasi, penyasaran semula subsidi dan kadar gaji yang tidak…