ANALISIS terhadap dasar ekonomi kerajaan dapat diperkaya melalui kerangka ekonomi manusiawi yang menyediakan perspektif holistik dalam memahami pendekatan pembangunan menekankan kesejahteraan rakyat. Ekonomi manusiawi merujuk sistem ekonomi yang meletakkan martabat kemanusiaan, keadilan sosial dan pembahagian kekayaan yang saksama sebagai tunjang utama. Ia berbeza daripada model ekonomi konvensional yang semata-mata mengejar keuntungan material. Konsep ini, diperkenalkan ahli ekonomi, E.F. Schumacher dalam karyanya Small Is Beautiful: Economics as if People Mattered (1973),…