KHAIRY Jamaluddin atau KJ ialah antara individu yang dilihat sebagai pemimpin masa depan di negara kita. Kalau kita congak, nilai dan teliti dalam galangan kumpulan tokoh-tokoh yang sebayanya, KJ adalah yang paling menonjol. Apa saja kata-kata, tindakan dan perbuatannya sentiasa mendapat perhatian. Ke mana saja beliau pergi akan menjadi tumpuan. Itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan. Beliau dilihat sebagai pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang. Di sebalik pelbagai kontroversi…